Belanja Klik Sekali! Thank youu

Followers

Dec 1, 2018

Hello Darkness My Old Friend

Assalamualaikum,

Lama benar rasanya tidak mengemaskini blog aku yang suram dan menyedihkan ini. Kali ini aku kembali, kerana ditimpa ujian lagi.

Ujian yang agak berat, tapi tidaklah seberat hamba-hamba Allah lain di Myanmar, Palestin dan Syria. Perkara ini berlaku ketika aku berkahwin beberapa bulan lalu. Walaupun perkahwinan sepatutnya sesuatu yang sangat membahagiakan, ianya telah diganggugugat oleh seorang hamba Allah yang tidak ku mengetahui apalah masalah beliau sebenarnya terhadap diri aku ini.

Maaf, aku tidak akan bercerita secara terperinci kerana ianya agak sensitif dan aku tidak mempunyai niat berkongsi dengan semua orang. Cukuplah keluargaku dan keluarga isteri aku sahaja yang mengetahui. Mereka banyak memberi dorongan, nasihat dan sokongan kepadaku dan aku amat bersyukur Allah hadirkan mereka dalam hidupku.

Kadang-kadang aku kesian dengan blog ini sebab aku hanya berkongsi perkara-perkara yang depressing. Maaf ya blogku. Itulah tujuan kewujudanmu sebenarnya.

Terima kasih kepada mereka yang masih mengujungi blog yang gelap gelita ini. Semoga kamu semua dirahmati dan dilindungi Allah..seperti Ustaz Ebit kata; Allah sayang kamu.

Bye-bye :)



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails