Belanja Klik Sekali! Thank youu

Followers

Showing posts with label adoi. Show all posts
Showing posts with label adoi. Show all posts

Nov 10, 2010

Semua Perempuan Memang Camni?


Ok, bukan semua aku tau, tapi kalo nak tulis "Kebanyakan Perempuan Memang Camni?" tak dramatik pulak kan? Zzz

Ni persoalannya; kenapa perempuan suka cakap macam spender?


Google spender keluar gambar mamat ni.

Tapi korang tau kan ape aku maksudkan. Ekceli aku nak gunakan satu lagi perkataan tu tapi takot blog aku kene ban sebab racist.

Aku tak tau la kenapa fenomena ni berlaku tapi ianya berlaku dan buat aku rasa saket hati je. Tapi aku sabo je. Tambahan pula, aku rasa fenomena ni berlaku kepada aku je..emm aku pon rasa camtu.

Well at least most of the time.

Fenomenanye; harini cakap lain, esok lain yang dibuatnye. Harini cakap lain, esok terus lupa apa yang die cakap(janji) semalam tu. Harini cakap lain, hari tu jugak lain yang dibuatnye. Etc (tuka je variable time die kat ayat tu).

Sehingga ke harini, aku dah kene lebih dari 10 kali. So sesapa yang pernah cakap macam spender ngan aku, aku percaya kata-kata die 50% je. Walaupon chance die nak cakap macam spender lagi ialah 80%...30% tu sebab aku *** diorang. Hehk.

Aku tau, aku cam agak flirty, tapi suke hati aku lah aku bukan ada awek pon (T_T). At first aku layan baik-baik, jaga perasaan perempuan-perempuan di luar sana. Tak kesah la budak mana pon, kenal kat mana pon, facebook ke, real life ke. Tak kesah. Tapi sekali je die spenderdise kan aku, memang aku layan so-so je. Malas nak jaga perasaan. Mampus die la nak terasa ke ape. Aku punya saket hati die wat dono, hah turn aku pulak. Grrr.

Korang mesti nak tau contoh-contoh peristiwa spender kan? Tak nak? Takpe nak gitau gak.

  1. Aku buat temu janji ngan sorang minah ni. Pastu hari dan waktu yang ditunggu-tunggu pon tiba. Then, aku tanya la die jadi ke tak kan tapi minah tu cakap... "Eh I kat negeri lain la sekarang..sory lupee".. Masa tu aku da siap-siap dah.
  2. Minah tu buat temu janji ngan kawan aku. Pastu tetiba die msg aku cakap kat mana venue dan bila janji temu tu la. Aku dengan blur dan tak faham nyer reply je la "Ok" sebab malas nak tanya asal tetiba msg aku. Pastu, minah tu boleh marah aku kenapa tak bagitau kat kawan aku venue ngan time yang die msg sebelum ni... Apasal tak msg je kawan aku tu??? OMG.
  3. Masuk ni da dua orang berhutang ngan aku. Yang first aku ada maafkan sebab die da bayar ganti rugi. :D Ok camni, ada minah ni berhutang ngan aku..ok. No rush bile nak bayar balik kan. Takda la harini berhutang esok terus nak bayar. Aku tak sekejam tu. After a few days or a week, aku tanya la bila nak bayar balik kan. Die cakap la sekian-sekian. Tapi lepas sekian-sekian pon habuk pon tarak. Aku da la malas nak mintak banyak kali, takot minah tu annoyed pulak dengan aku(still jaga perasaan tu..zz) Tapi terpaksa la, hal duit. Kalo aku anak Perdana Menteri takpe la nak halalkan pon. Tapi yang first minah pijam tu aku dah halalkan sebenarnye, sebab lepas satu sem pon die tak bayar lagi.
  4. Aku nak ajak sorang minah ni keluar, lepak-lepak. Lama tak jumpa..lepas SPM berape kali je jumpa. Time tu aku balik weekend. Maksudnye aku kat rumah hari Jumaat, Sabtu, Ahad aku balik UTP semula. Aku ajak la die kuar hari Sabtu..tapi die cakap tak boleh, nak study. Ahad bole la katanye. Tapi hari Ahad aku balik UTP da..so aku beli la tiket paling lewat, malam la kirenye. Aku pon ajak la sekali lagi, pastu die cakap.. "Aku tak boleh la..aku da janji dengan kawan aku nak bla3...". Terpaksa la aku menyusahkan Habib untuk ambik aku kat KTM Batu Gajah..kalo tak masa tu aku tumpang Faris je shoot dari KL.
  5. Time tu aku kat UTP, ada sorang minah ni cakap nak jumpe aku. Minah tu kat Bangi. So aku balik la nak jumpe die. Sampai je, minah tu cakap die tak boleh nak kuar.........ZzZzZ

Cukup la contoh 5. Penat aku nak recall balik. Ape-ape pun..aku dah maafkan, tapi takkan lupakan. :)

So please la girls out there, dont be a spender. It hurts, me especially. I know that I am not important in your life but that it is not an excuse to play with my feelings. Haizzzzzz

Sep 4, 2010

Mak


Aku: Mi(ummi) hari ni bebuka makan ape?

Mi: Mi nak masak mee goreng hun..

Aku: Ha? Ohh hahah meehun goreng..

Mi: ...

Aug 14, 2010

Kalau Dah Nama Perempuan..

I ask you, what is the loudest thing on earth?

answer: a group of girls.


What is louder than a group of girls?

answer: two groups of girls.


KTM experience. A quiet train, suddenly become like pasar malam, when two groups of girls enter. GG. :|

Jul 23, 2010

Kantoi Projek!

Salam,

Harini, 23/7/2010 merupakan hari bersejarah buat aku kerana pertama kali nye tengok orang buat projek. Tahun depan nak sambut la tarikh ni. Hahaha. Ngee jakun gile aku. Bukan jaku, jakun k.


Ceritanya cenggini. Harini memang cadang nak gi shopping. Yelahkan esok nak berambus gi UTP da. Plan asal nak gi Alamanda, tapi ayah aku dengan kuasa vetonye mengajak gi Metro Kajang. Aku anak yang soleh (hahaha dan-dan je) ikut je la cakap ayah aku tu.

Dah habes shopping tu mak aku cakap.

"KFC jom!"
"Jom!"

So aku hantar la barang-barang lu. Sebab KFC kat luar Metro. Aku naik lif, tingkat 5. Aku tolak la nyek,nyek,nyek bunyi tayar troli..ahah takda bunyi pon senanye. :D

Tempat keta Waja tu parking.

Dekat-dekat keta kancil aku tu aku nampak keta waja. (Keta waja ni la yang aku maksudkan Ili!,.. err takda kena mengena ngan cite ni) Lampu reverse (putih) keta ni menyala. Aku da pelik. Sebab keta tu tak gerak-gerak. Aku pon usha la lam keta kot-kot tuan punya keta lupe off lampu. Okay weird (-_-")

Usha punya usha aku tengok ade budak pompuan, pakai tudung duduk kat seat driver. Aku pon pelik, sebab die mengadap ke belakang dan seat driver tu diturunkan. Macam orang tengah...paku-paku je (gerenti 99% daripada pembaca tak faham! xD).

So aku ingatkan budak tu tengah duk atas riba mak die kot. Sies muka pompuan tu macam budak-budak. Tengah main-main ngan mak die agaknye. (Gile positif nye pemikiran aku zz)

Tengah angkut barang lam keta aku tengok lagi. Eh pompuan tu asal pakai singlet je.. Lain macam je.

Budak tu perasan aku, muka da gelabah. Aku pon pandang tempat lain jap. Masih lagi mengangkut barang. Aku pandang lagi sekali...tapi...

Ada mamat pulak kat seat driver tu! MySpace Betolkan seat muka gelabah macam kene tangkap basah. Zz. Budak pompuan td duk kat seat sebelah letak muka kat pintu ala-ala nyorok la gitu. Bajet aku tak nampak. Aku da la tinggi. Mesti la nampak. Ahaks.

Sah projek! Sah sah sah! MySpace


Dekat je ngan keta aku.


Mamat tadi ape lagi, cabot la. Aku pon pandang slek je. Hahaha. Tapi aku taktau nak watpe. So aku wat dono je. Haizz pepelik je. :3

Kepada mamat tadi, markah mencari port aku kasik 0/10. Amende la gi projek kat tempat cerah, terang dan nyata camtu. Padahal banyak lagi parking yang kosong-kosong banyak takda org parking.

No plat keta tu something like W** 200... Proton Waja warna silver. Selamat mencari! :D



******************

Antara mende 'menarik' lagi berlaku.

  1. Pacik pakai seluar pendek duk kat tangga garu 'bebola keramat' die. :|
  2. Peminta sedekah yang tak ikhlas. Tengah mintak tu mata tengok ke lain. Pastu pulak gi mintak ngan orang yang sama dua kali. :|
  3. Pacik pak gad. Die gi bayar barang kat kaunter yang tengah closed. :|

Ades la Kajang2.. MySpace


Jul 4, 2010

Aku Kene Komen Lagi


Sila baca dari bawah k.


Walaupon aku sedikit terasa tapi trimas la kerana memberi pendapat tentang keperibadian aku. Sob-sob. Aku nak reply tapi takda link. Tolong ye kalo nak aku reply sile kasi link. Takkan nak reply kat chatbox tu. Nasib baik perempuan so aku tak berkire sangat. See? Betapa gentleman nye aku. (K poyo jap)

Terus-terang aku cakap sifat aku yang so-called merendahkan martabat kaum hawa ni sebenarnya kurang tepat. Aku tak kata tak tepat, ye lah aku mungkin terlanjur kata sana sini tanpa sedar ye dak? Kalau real life, percaya la, kalo awak perempuan, nescaya aku akan layan (dan sayang) macam girlfriend sendiri. Walhal bukan gf aku pon.

Layan macam gf tak bermaksud aku perasan yang mereka-mereka ni gf aku. Kadang-kadang aku belanja diorang. (Capap sket) Aku pikap diorang. Tanya nak gi mana?

Kalo tengok wayang, aku tanya nak tengok cite ape? Aku ikot je. Tapi ye lah, kalo buat baik, orang senang lupe. Kalau buat tak baik, bukan jahat, tak baik sikit je, ada la orang tarik nafas pastu meluahkan kata-kata tak puas hati kat aku. Nasib badan.

ps: cakap pasal ni, teringat kat seseorang yang dulu selalu kuar dengan aku, tapi sekarang aku dilupakan. :'(

Aug 24, 2009

Dugaan Bulan Ramadhan 2

baru tiga hari da dua dugaan, layan~

malam td, aku da beli itu nasi goleng ayam.. skali pagi ni kol 6 baru bangun, tak sempat aku nak meratah nasi + ayam tersebut waaaa. asek terbayang2 rupa beliau yg nmpk sungguh sodap. di tambah lg perasan lapo yg tidak dpt disangkal lg.. dahaga lg.. pagi2 da dahaga pe cer ni...


perghhhh O_o

mintak2 aku x pengsan arini..huhuh. :) xpe lah ade lg org yg xcukup mkn. kita kene bersyukur heheh~

Apr 25, 2009

Selangor vs Kelantan

aduih klantan kalah plak da..
aku sokong klantan, sbb aku sokong Nik Aziz.
ZzZzZ
hehe xde lah, bkn lah, aku sokong klate sbb klate underdog..
ttbe maju plak musim ni. huahua
selangor xkesa a byk star. menang bape kali da ~_~

kayh smalam gi Tepian Bangi, ada dua tujuan:

  1. Makan
  2. Tgk bola

masa smpai situ, first half da nak abes (game bola ler)
still 0-0 so x miss pape a kan, hehe
tgk pny tgk...abes 90 minit
awal2 game klate men smart gak la..
tp x gol2. mendee la..

then kitorg blah a dr Tepian Bangi tu..sbb da lame kut ctu
da xda org... ==" pelik tol.

aku ajak amir g 7E jap, nk beli cekelat..
tp xda yg best. huahua
pastu aku blah la dgn amir membonceng motor kriss 110cc ku
xD

masa lalu kedai mkn jom lepak (ramai plak org kat situ ~_~ )
ramai2 sorakk
aku tny amir:

"sapa gol cb?"

"emm klantan aku rasa, sbb diorang mencarut(sorak) lam slank klantan"

"ouh..cb masa aku tgk xgol plakk, cb cb cb!"

" ! "

smpi umah aku sambung tgk la xtra time..
pastu Amri gol. :|
cmtu je gol? wtf...

cb seri lak da. isk. penalti a ni.
sblom penalti aku da agak Indra shoot x gol
sbb die pro. org pro ni pelik sket...
dah tu die lak shoot first. kasi la Che Hishamudin
sbb beliau cool. Indra ni cam baran sket.

Indra shoot. POOF! palang..
ZzZzZ

bla3. keeper klantan hebak gak. dua kali ramal betol
tp tgn pendek...x sampai nk tepis..haihs

so selangor la mng penalti 4-1
1 je klantan gol?? sedih2.

xpe la, xkesa, aku bkn org klantan pon :-"

Mar 15, 2009

WHAT-A-DAY 2

"lupi bangun!" -bapak wa

ahhh kaco gile wa nak tidoo,
mlm sblom tu da la tdo lewat.
iskk.

bgun tido - mandi - sarap - tido balik (kat sofa)
Zzz. sekali lg kene kaco of cos...
gerak g pwtc. ayah wa cam men bantai je masuk jalan..
ttbe sampai~ adeih.
kete parking berderett........
ayah wa park lam The Mall.

jalan kaki g PWTC.
ramai nak fampos org. lemas lemassss
tujuan : melawat pameran pendidikan MARA & MATTA Fair
tp MATTA x gi cos kene byr, wakaka, kemut seyh
jmpe Raja, Akem, Wan, Idham, adek Raja, Fiqa. adei laa..
hauhau

pas uh gi Stadium Melawati, UiTM ada wat karnival,
pelawat kene daftar. dpt no tuk cabutan bertuah.
bertuah kot. no ayah wa & ayah wa kena. wakaka
dpt sekut setin & selendang UiTM. =="

solat Zohor kat Masjid Negara. lalala~
then gerak gi UIA jmpe kkk aku jap.
sesat lagi~~~
tp last2 jmpe gak a, xlama pon sesat.

nak masuk UIA tu jem gila, bkn jem roti atau jems bond. jem gila.
oso non es trapic jem.
xkasi dak luar negara masuk, yg illegal la.

solat Asar kat masjid UIA, :)
wa sempat baring & berangan. wakaka
pastu ayah kol suh turun, Zzz

jmpe kkk aku die ngadu xleh instal printer.
so die kasi laptop & printer die suh aku instal.
haih~ tu pon nk suruh aku.

then, solat Magrib kat masjid al-Hasanah. :)
ade org jual kepok keping kat aku,
aku ckp la xda duit. mengucap pjg die. adei la..

pastu singgah warta soping brg dapor.
plan g tesco tp tp...
tah. layan je~

kol 10 sampi umah. Solat Isya :)
pastu aku masak telur dadar makan nasik,
pastu online! isi borang online!
ah ah ah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails