Belanja Klik Sekali! Thank youu

Followers

Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Feb 7, 2011

Cerpen: Kerana Senyumanmu

Hari ini hari kelahiran Hazwani, kelas 5 Inovatif sepakat membuat satu parti untuk Wani. Wani ni boleh dikatakan penyeri kelas 5 Inovatif. Kalau takda Wani dalam kelas memang tak seronok lah.

Hari ini boleh dikatakan hari paling seronok buat Wani. Seluruh warga 5 Inovatif meraikan hari kelahiran Wani. Tampak Wani tidak lekang dengan senyuman dan ketawa.

Hakim dari jauh hanya memerhatikan Wani yang tengah bergembira bersama rakan-rakan yang lain. Hakim pon turut tersenyum melihat Wani begitu seronok sekali. Jarang dia boleh tengok Wani seceria macam tu.

Tiba-tiba kawan baik Wani, Sofea menegur Hakim.

"Kau tau kan sebenarnya Wani bukan betol-betol gembira?"

"Huh?"

Hakim berpaling ke arah Sofea, tidak lama kemudian ke arah Wani semula. Diperhatikan betul-betul wajah Wani. Ternyata senyuman itu ada sedikit kekurangan. Macam ada sesuatu yang menggangu fikiran Wani.

"Hmm.." Hakim hanya berdiam diri sambil terus memerhatikan Wani.

Kemudian Hakim melihat jambangan ros merah yang dia beli khas untuk Wani. Hakim bermonolog;

"Ini lah peluang terbaik aku untuk luahkan perasaan aku kat die!"


********************

Hakim meminta Sofea untuk memberitahu bahawa ada orang nak jumpa dengan dia di luar kelas. Hakim memerhatikan bunga sambil berfikir.. Hakim melakukan sedikit perubahan pada kad ucapan yang diselitkan pada jambangan bunga ros tersebut.

Wani keluar dari kelas menuju ke arah Hakim yang sudah sedia menunggu sambil menyorokkan bunga dibelakang.

"Ha Wani sebenarnya saya..."

"Hmm ada apa Hakim?" kata Wani sambil tersenyum. :)

"Em ni Khairi mintak saya tolong bagi ni kat awak." Hakim hulur jambangan ros.

"Wah bunga ros!" Wani tersenyum riang.

Wani membelek bunga ros dan membaca kad ucapan yang diselitkan.

"Daripada Khairi"

Hakim hanya memerhatikan.

Wani mula melangkah kembali ke dalam kelas.

Tetapi setelah beberapa langkah Wani berpaling semula ke arah Hakim.

"Hakim...!"

"Em?"

"Ini bukan tulisan Khairi.."

"Oh em aa...saya..."

"Hakim..terima kasih ye" Wani mengukir sebuah senyuman ikhlas.

"Err sama-sama.."

Hakim bermonolog.

"Adakah itu senyuman die sebetul-betulnye?....huhu melepas peluang aku"


Dec 24, 2010

Cerpen: "Maafkan Amin, mak.."


Selesai solat asar, Amin duduk di pinggir surau, sambil menongkat dagunye. Dunia rasa begitu sunyi sekali. Diperhatikan rakan-rakannye keluar dari surau menuju entah ke mana. Semua botak, termasuklah Amin sendiri.

"Ya Allah..ape aku dah buat ni.." keluh Amin sendirian.

"Macam mana la mak kat rumah sekarang ni, sihat ke tak, dah makan ke belum.." Amin bermonolog. Rindunya dan rasa bersalah terhadap ibunya membuak-buak. Tapi tiada apa mampu dilakukannya. Tanpa sedar matanya bergenang dengan air mata.


*-*-*-*-*-*


"Amin kamu disahkan mengidap HIV dan di tahap serius.." telinga Amin bagaikan tak mendengar kata-kata doktor itu. Tapi daripada gerak-geri mulut doktor itu, Amin tahu apa yang doktor itu ingin sampaikan.

Dunia yang sebelum ni dirasakan sunyi terus menjadi gelap gelita! Mata Amin mula bergenang. Pantas die menyeka menggunakan kolar bajunye.

"Sabarlah Amin..lepas ni ambil ubat ni dengan nurse kat luar. Lagi satu kamu kene jaga kebersihan, kamu sendiri maklumkan pengidap penyakit ni mudah dijangkiti penyakit..kamu jaga diri elok-elok. Yang paling penting Amin..kamu mungkin tak mempunyai masa yang lama, jadi pandai-pandailah.." Berat doktor berkata-kata tetapi sudah menjadi tanggungjawabnya.

"Terima kasih doktor..." jawab Amin lemah. Doktor hanya tersenyum tawar.


*-*-*-*-*-*

"Bodoh! Kenapa aku bodoh sangat?! Kenapa aku ambil najis berat tu!" Amin bercakap seorang diri. Diketuk kepalanya sendiri menggunakan tangan kanan.

"Kalau bukan pasal najis tu!.....astarghfirullah..ini tak lebih tak kurang salah aku sendiri.." Amin mula menyedari hakikat. Amin kembali tenang tetapi matanye masih tetap berair sejak dari bilik doktor itu lagi.

Amin mendongak, "Mungkin ini balasan Allah kerana ingkar arahan mak.."

Amin melangkah lemah menuju asramanya. Kepalanya hanya teringatkan ibunya. Malah, ibunya sendiri tidak mengetahui bahawa Amin sekarang di pusat serenti.


*-*-*-*-*-*

Sewaktu selepas SPM Amin mula terjebak dengan dadah. Dapat saja keputusan SPM, makin menjadi-jadi perangai Amin. Mula-mula atas dasar ingin mencuba, tetapi kelamaan Amin menjadi penagih tegar.

Amin seorang anak tunggal kepada ibu tunggal, lebih kepada ibu yang di'tunggal'kan. Ayahnya lama sudah menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Berapa kali juga hati ibu Amin remuk akibat perubahan sikap Amin. Namun, doa ibunya tak putus supaya kelak Amin berubah.


*-*-*-*-*-*

"Tuan tolong saya tuan..saya nak jumpa mak saya!" Amin merayu kepada warden asramnya.

"Tolong la tuan..masa saya dah tak lama..." Serius dan sayu suara Amin, sedikit sebanyak menyentuh hati wardennya itu.

"Hmm baiklah, Amin. Saya cuba sampaikan kepada pihak atasan."

"Terima kasih tuan!" Ucap Amin sambil memegang kaki warden, tatkala warden memegang bahu Amin menyuruhnya bangun.

Warden mengelengkan kepala sambil melihat Amin berlalu, "Amin...Amin.."


*-*-*-*-*-*


Setelah beberapa hari berlalu.

"Amin..kamu dibenarkan keluar.." tutur warden sambil tersenyum tawar. Spontan Amin memeluk wardennya itu. Belum pernah dibuat penghuni pusat serenti tu memeluk warden yang garang tu.

"Terima kasih tuan! Err maafkan saya.." sambil perlahan-lahan melepaskan wardennya. Wardennya hanya merengus dan menggeleng kepala.


*-*-*-*-*-*

"Assalamualaikummm,..makkk!" Amin menjerit dari luar rumah sambil menanggalkan selipar.

"Eh itu suara...Amin!" ibu Amin bermonolog. "Mak kat bilik ni Amin!"

Amin segera melangkah ke bilik ibunya. Nampak dari gaya, ibunya baru selesai solat Asar.

"Makk maafkan Amin makk! Amin janji tak buat lagi!" Amin mencium-cium kaki ibunya yang tengah bersimpuh atas tikar sejadah. Tindakan Amin sedikit mengejutkan, tetapi dia gembira. Malah, sangat gembira, doanya telah dimakbulkan Allah.

"Iye-iyee mak maafkan" kata ibunya sambil menggosok-gosok belakang Amin.

"Maafkan Amin makk..Amin sayang mak" Amin mula mengalirkan air mata, begitu juga ibunya. Amin meletakkan kepalanya atas riba ibunya itu.

"..Amin..tak dapat nak jaga mak..." tutur Amin semakin lemah. Ibunya sedikit hairan dengan tutur Amin itu tetapi tak diendahkan.

"Takpe, mak boleh jaga diri sendiri lagi." ibunya cuba memujuk.

"Maafkan Amin mak....." Amin bersuara rendah. Ibunya hanya tersenyum sambil mengusap kepala anaknya yang seorang itu.

Amin terlena atas pangkuan ibunya itu. Setelah lebih kurang 15 minit, "Amin..bangun nak, kaki mak dah kebas ni..Amin.." panggilan ibunya tak dijawab. "Amin..bangun.." Ibunya mengoyang tubuh Amin perlahan. Naluri ibunya mula rasa tidak sedap. "Amin.." perlahan ibunya meletakkan jari di hidung Amin, tidak bernafas!

"Amin! Bangun nak." ibunya menggoncang deras badan anaknya yang tidak lagi bernyawa itu. Air mata mula bercucuran keluar.

"Amin bangun...jangan tinggalkan mak..."


Dec 18, 2010

Cerpen: Keliru!


"Nah!" Aina menghulurkan termos biru kepadaku sambil mengukir senyuman yang comel.

Termos tu aku sambut lemah.

"Semangat nyer awak drive jauh-jauh semata-mata nak bagi..ni?" aku sedikit terkejut. Rumah Aina bukan dekat, kalau full throttle mau setengah jam jugak.

"La awak kata demam, saya datang la bawak sup ni. Saya buat sendiri tau!" Aina mengomel.

Aku hanya tersengih. "Em nak masuk dalam? Minum-minum lu ke, shisha lu ke..hehe" kataku dengan nada bergurau.

"Emm seganlaa ngan mak awakk"

"Nak segan apenye..nanti mak saya jadi mak awak jugak, hihik"

"Ish awak nihh, taknak lah. Segann. Lagipun saya nak jumpe Murni lepasni."

"Em takpe la kalo gitu, em nanti cakap kat Murni abang kem salam sayang keh?"

Prapp!! Tangan Aina pantas mecubit perut aku sekuat hati. Sakitnye bawah sikit dari sakit nak beranak!

"Aduiiiiiiii! I bergurau je la. Isk tak kesian ke kat abang demam ni?" sambil gosok-gosok perut.

"Berani buat la lagi!"

"Ok-ok tak buat dah, wuu"

"Saya pergi dulu lah, nanti Murni tunggu pulak"

"Okayy, drive elok-elok and terima kasih banyak bagi sup ni. Susah-susah je. Mesti sedap kan?"

"Mesti la! Bye!"

"Bye sayanggg~"

"Gedik!"

"Hehehe"

Aina berlalu pergi dengan kereta Kelisa putih comel tu. Macam tuannye jugak. Senyum aku sendirian.


***********

"Memang sedap sup, thnx awk! :D" aku text Aina.

"Okayy, minum sampai habes tau!"

"Yes mam!"

"Lepastu rehat k, baru cepat sembuh.."

"Sayang jugak awak kat saya ye? :P"

"Mesti la!"

":)"

"Gedik!"


Lepas menghabiskan sup tu, aku baring di katil sambil dalam hati berkata. "Untungnye aku ada awek caring camtu..tapi..haihz"


ps: (edit) Lebih baik guna perkataan cerpen aje. Hahah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails