Salam,
Sebelum aku mula bicara diingatkan bahawa tajuk di atas mempunyai tanda soal(?)
Sesiapa yang baca status aku kat fb mungkin beranggapan camni:
"Alah Lut tu pon nak keco" atau yang sewaktu dengannya. Aku faham. Takpe.
Pernah tak korang(lelaki) lalui saat-saat lebih kurang camni:
L for Lelaki
P for Perempuan
P: Luttt belanjeee ^^ (sambil wat muka paling innocent)
L: Err aku takda duit la..
P: Ala kedekutttt (sambil kerut-kerut muka)
L: Laa yela2..
P: Yay! (terus ceria..)
L: Adess.
Pernah tak? Tak pernah? Takpe, aku pernah. Hensem tak? Hensem kan kan. Nvm.
Kalau ikutkan hati aku yang murni ni, memang aku belanja, tapi mak aku pernah pesan, tak payah la asek nak belanja awek-awek. Mak ni taknak plak belanja. Camtu la lebih kurang. Huhu. Lagipun aku bukan nye dari golongan berada. Kalau lah aku dari golongan berada da lama ayah aku tukar keta C-RV usang kat rumah tu. Tapi aku sayang keta tu. :P
Dalam banyak-banyak awek yang aku pernah belanja, ada certain tu aku suke. Kalau aku belanja die, die mesti nak belanja aku balik. Sebab tu aku suke keluar dengan certain-certain ni. Hehehe.
Tapi tak kurang juga terus lupa. Golongan ni cek tak berapa berkenan. Ni lupe bukan stakat lupe nak belanja, ngan aku-aku skali diorang lupe. Sadis. Ala-ala member dikala senang je.
Entri ni bukan la nak kata perempuan ni tak kenang jasa, tak kenal dek untung, pisau cukur ke apa suma, tapi pandai-pandai la kan intepret entri aku ni supaya memberi kesan positif kepada anda semua. :)
ps: sorry mates, lama tak update. aku kene writer's block sekejap. :D





