Belanja Klik Sekali! Thank youu

Followers

Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Dec 6, 2010

10 Tips Bagaimana Nak Jadi Macho.



Ngeahaha, ok apa tetibe gelak ni. Erk sebab tajuk kot. Aku yang tak macho nak ajar orang jadi macho. Huahua suke ati aku lalala~ Sume tips yang aku bagi adalah dari common sense dan observasi sendiri. Takda ciplak mana-mana :)

Sivaji The Boss!

1. Menten cool. Yeah ni paling penting, orang macho biasanya cool. Macam hero tamil. Pakai spek hitam, huish macho abes! Tapi jangan pakai spek hitam di waktu malam! Bukan macho dah orang tengok, dah macam orang tak betul da. Malam yang gelap pakai spek hitam? Please la wei~ Tak cool.

Yeah Tom Cruise memang macho.

2. Sentiasa berpakaian kemas dan tak terlalu lebat bak kata korang la. Pakai simple-simple je. Jangan macam budak-budak baru nak up, huish pakaian die..seksa jiwa raga tengok. Bling-bling sana, corak-corak sini. Topi budak-budak shuffle tu lagi...bagi aku la, tak macho! Plak tu tengahari buta nak pakai sweater. Haihz..pelik. Panas pakai sweater, gelap pakai spek hitam, mana common sense korang ni? Hahaha. Tapi kalo naik moto boleh dikecualikan la. :)


3. Cara bercakap, guna suara dalam. Hahaha takda la sampai camtu sekali xD Cara bercakap mesti la matang, tak cakap jerit-jerit. Senang cite sopan santun la. Tak mencarut. Tambahan pula, mesti la peramah, easy-going, jangan pasif. Kalo macam aku ni pasif orangnye. Huhuhu bukan ape selalunye aku malas nak bercakap, lontaran suara tak kuat. :P


4. Aku rasa yang ni pecahan dari no 1 tapi dari aspek lain iaitu, menten cool depan ceweks/aweks. Yang ni paling aku tak reti hahaha. Definisinye ialah tak gelabah, chill, ada idea menda apa nak diborakkan dengan awek-awek tu(huih ramainye hahah). Ni antara kelemahan aku gak la, kalo jumpe perempuan, especially berdua je, aku taktau nak cakap ape. Nak cakap ape ek? Kalo tak power tang ni, bawak la wingman. Nescaya beliau boleh membantu :)


5. Yang ni pulak aku rasa pecahan dari no 4, iaitu, hormati awek-awek. Be gentleman. Ladies first bak kata omputih. Tunjukkan yang sebenarnya anda sangat caring, perihatin, walaupon bukan awek sendiri. Tapi jangan la melebih-lebih kat awek orang pulak ye. Tu tak macho. Heheh. Tapi kalau gurau-gurau boleh la kot :P


6. Hormati orang tua. Yeap-yeap ini pon sangat penting. Very. Salam ngan orang tua. Kasi can kan diorang dulu, kalo tang makan ke..jalan ke, pape lah di mana dirasakan seswai~ :)

iniblogsuzi.blogspot.com.

7. Tahu memasak! Huish jangan cite la, pompuan mana taknak laki diorang tahu masak? Habaq mai? Hahaha. Tapi kalau setakat masak air, megi tu tak payah la. Tak impressive. Bak datang la ikan tiga belas rasa ke, asam pedas ke, ikan bakar ala Chef Wan ke, masak lemak tempoyak ke..zzz kecur air liur aku tulis ni :3

Pijam gambo yer zack~

8. Tahu melukis! Especially power lukis potrait. Memang hensem, boleh la lukis gambar awek sendiri pastu bagi hadiah hari jadi, tak ke jimat tu? Hehehe. Kalo reti lukis kartun comel-comel macam ZackZukhairi tu pon boleh bla gak.. :P

Mathew MacConaughey.

9. Mempunyai badan yang tegap, enam pek! tak main satu pek dah! Hahaha. Tapi jangan la overbuild plak, buruk ghupenye..Si Faris selalu cakap sal body cam surfer, cita-cita beliau tu. Tengah aktif berdiet, hahah.. err dah kering idea da ni...ape lagi ek.. ha!


10. Last la kot nih, banyak-banyak buat ape kan? Tinggi ilmu agama, kalo nak suh jadi imam atau bilal anytime, cakap je bile. Nak wat suh baca doa selamat ke.. em em. Ya seperti isu yang timbul dulu, laki nak pompuan tahu masak, pompuan plak nak laki tahu jadi imam. kan? :)



ps: on the way melupakan die, heheh :D


Nov 27, 2010

5 Tips Up Traffic Blog Ikut Cara Lupi


Meh sini abg nak bagi tips untuk up trafik kat blog korang. Ye ye aku tau blog aku tak femes pon. Hahaha. Tips aku mudah bin senang aje. :) Jejom.

1. Kalau anda perempuan, tips no 1 ni memang untuk anda. Mule-mule pastikan anda lawa. Ambik gambar banyak-banyak, pastu tempek kat setiap post. Walaupon gambar anda tu takda kaitan pon dengan post anda tu. Cara ini memang terbukti berkesan. Setakat follower riban-riban, view riban-riban sehari takda masalah.


2. Hasil tulisan anda mestilah menarik, seronok, ada unsur-unsur provokasi, suspen, seram, kelakar & dramatik. Kalo setakat tulis ko gi shopping, gi berak, gi minum air dulu pastu baru berak..mende-mende ni orang taknak baca. Serius aku cakap. Tapi kalo tips no 1 anda penuhi, abaikan tip no 2 pon takpe :)


3. JANGAN TARUK LAGU, diulangi..JANGAN TARUK LAGU!! especially lagu dari youtube. Lagu yang rancak lagi la tak suke. Pastu pulak autoplay..huihh bikin panasss je..belom lagi yang takleh nak off lagu tu. Aku dah la jenis bukak blog banyak-banyak terus. Korang boleh imagine kalo aku bukak 10 blog, 10-10 blog tu ada lagu, dah macam laptop rosak je bunyiknye. Terus aku tekan X kat blog tu. KECUALI, lagu instrumental yang ringan..macam piano tu ke..ha yang tu ok. :)


4. Design blog anda sesimple yang boleh. Simple but nice. Jangan macam kel, warna-warni kaler striking..saket mata!


5. Last but not least, update blog korang selalu. Tengok aku jarang update, viewer da menurun..hahaha. Dah la viewer memang sikit pon. :D


ps: sarcasm.

Aug 2, 2010

Tutorial PS: Black & White Background




STEP 1 Open image tersebut kat PS/Photoshop. Right click > duplicate layer. Seperti dalam gambar di atas.


STEP 2 Make sure tengah highlight layer yg di-copy tadi. Pastu Image > Adjustment > Black & White. Tekan OK je.


STEP 3 Pastu tekan E, ataupon kelik kat Eraser, dan mula memadam part yang nak dihighlight, atau dalam gambar di atas aku nak highlight budak pompuan tu, so aku erase sume badan die.



Akan jadi la seperti ni, tadi tak nmpak awek tu sebab aku off layer bawah. Kalo on baru nampak camni. Ok?

Renung-renungkan dan selamat beramal! :D

ps: kalo ada soalan tanya je. :)
ps: first time wat tutorial hehee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails