Followers

Apr 23, 2010

Aduhai Awek

salam,

Hari tu aku cuti, aku balik rumah. Dah lama tak balik kan. Rindu kat mak abah, dan awek tercinta. Uh oh, awek aku pon balik rumah. Actually die tinggal kat Selatan tapi hari tu die balik Bangi je. Tinggal kat rumah kakak die. Die tak cakap pon die nak balik Bangi.. sedih pulak aku. Nasib baik aku tanya. Em em.

Esok nyer, hari jumaat, aku kol la awek aku tu, ingat nak ajak dating. Yelah, alang-alang kan.. Kalau die balik Selatan lain la citer. Aku kol punya kol tak berjawab. Msg punya msg tak ber-reply. Pelik aku. Hairan pon ada. Emm takpelah. Die penat kot. Takpun ada hal negara ke. Nevermind lah bak kata ong puteh. Aku pon penat gak seposen dua. Huu.

Pagi esok nyer aku msg la die, wish good morning. Tapi seperti mencurah air ke daun keladi. Takda reply. Sedih. Aku pon cam biasa. Online. On ym nampak seorang gadis ni online pulak. Aku tego la die. Dengan ajak-ajak ayam aku ajak die keluar. Eh sekali die on je. Aku pon on la. Dah rezeki. Huehue. Time tu dah malam. Minah ni memang selalu lapar malam-malam. Selama pengalaman aku chat ngan die lah.

Aku pon pergi la pikap die. Gentleman betol aku kan? Hehe tak kisah pon sebab aku lama tak drive. Sebat keta kancil mak aku. Time kacih mak ^^ Aku angkut la anak dara orang ni ke McD berdekatan. Ada McD yang lagi dekat sebenarnya tapi tak eksklusif. Huehue. Bawak gi McD yang lagi satu. Memang favourite minah ni pon McD ni. Kata je diet. Haha.

Kitorang pon masuk la McD tuh, beratur. Nak membeli juadah la kan. Tengah beratur tu aku rasa macam ada orang usha-usha aku. Bangga jap. Hot jugak aku. Huehue. Tiba-tiba (hahaha macam karangan PMR pulak) ada seorang minah ni datang kat aku, muka macam familiar, bawak segelas air kat aku. Berlari- lari anak. *Splash* aku kene simbah air. Wtf! (ok tipu je) die tak simbah pon. Saving kot. Rupa-rupanya tu awek aku, mula lah adengan bosan Sembilu Kasih.

"Youuuu!!"

"You sabar-sabar, I boleh jelaskan.."

"Ooo selama ni you curang eh!!" (comel pulak masa die marah)

"Eh tak la.."

"!!" (awek aku lari-lari anak keluar dari McD)

Minah yang aku angkut tadi tergamam. Jelas dari riak wajahnye, die rasa bersalah. Tapi just terkaku je. Sempat pulak aku wat observation ni. Wuu.

3 minit kemudian. Beep3* Bunyi msg.

"Sampai hati youuu, I setia kat youu tauu :'("

Eh boleh pulak msg. ~_~ Aku tak reply. Sebenarnya tak tau nak reply ape. Aku diam je. Biar die cool off. Hmm.

Aku sambung makan ngan minah tu. Yelakan, takkan nak balik terus pulak. Kesian pulak kat minah tu,..


ps: aku bukanlah aku dalam cerita di atas. hanya rekaan dikala bosan melanda..

9 comments:

SHERAGUS said...

dasar kemangkukan kau tau? aku mati2 igtkn kau, gle bedrama kau. =..=

LUT said...

hahaha xD

ıɯɥɐɟ uɐsɥı said...

bab.. aku igt ko dah tadi :|

LUT said...

kan da ckp bkn aku ~_~

Aiman Toreq said...

haha...buto! aku igt kau...haha

LUT said...

tak tak bkn aku..haha

Linglung said...

keh keh keh..
kena kuyup dgn awekkk...haha

SHERAGUS said...

babi !@#$%^&*()_+ aku dah abes emosi dah kot bce dari awal, skali bukan kau. =.=

Anonymous said...

It is the amusing information

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails