Followers

Jan 1, 2011

Kenapa Aku Still Single


Aku memang takda luck la lam bab cintan-cintan ni. Well, aku tau punca nya. Diri sendiri. Susah nak bagi komitmen. Hahah. Cakap ily imy memang senang, dan aku memang maksudkannya tapi the little things that come along with it, I juz cant do. Kadang-kadang lupe, kadang-kadang malas. Hmm..

Terlalu lama hidup membujang. 20 tahun tak lama ke? Mana la aku reti sangat bab relationship ni. Tapi aku pasti, mesti la bertolak ansur. Heheh.

Yeah ramai cakap single seronok. No doubt. Aku pon seronok senanya. Tapi takkan nak selamanya single? Mau matey? Hahaha. Nanti terbawak-bawak bila dah dewasa tak ke naya? Hmm..

Moved on. Nampak gaya girls yang pernah aku suka (still suka sikit-sikit) dah tak layan aku dah. Sedih jugak bila text tak reply, tego kat fb tak layan, ym pon tak layan. Lepastu show off lagi dengan kekasih hati. Sedih memang sedih. Nak block, macam overeacting je. So biar je lah. Asalkan die bahagia, :)

Pulak tu aku selalu kene ayat reject ala-ala kias. Contohnye;

  1. "I malas la nak kapel-kapel ni, nanti nak kawen je terus!"
  2. "I malas la ada hubungan pape dalam masa terdekat ni.."
  3. "I bukan tak suka kat you, tapi I tak sedia lagi.."

Hahah no 3 aku tak kene lagi tapi contoh la kan. Ada jugak reject direct baek punya. Yang tu aku respect sebab die jujur. Aku pon tak kacau die dah. Hmm nak tanya kabar pon tak boleh, sampai camtu sekali.

Tapi sekarang still ada yang layan aku. Terima kasih banyak-banyak. Kalo tak aku rasa gay plak. Bila aku rasa gay, aku tak okay! >.<

Bagi aku la kan, cintan-cintan ni 50% pahit 50% manis. Makin sayang makin sakit. Dah macam inference. Hahah.

Most of the time aku suka kat orang yang salah. -.-" Awek orang, memang bangang kan. Lepastu sendiri yang susah. Padan muka padan muka padan muka! Habehtu nak buat macamana, semua da berpunya! Ceit!

Dah la, malas nak emosi lebih-lebih karang ada yang marah aku plak. Grr..


ps: I hate falling in love because all i ever get is....PAIN!

10 comments:

cekadak said...

yah!!setuju!
selalu nasib same kut...

Lupi said...

hahah sabo je la kan.. :)

cekadak said...

ya
sabo je mampu..belom rezekikan~

FH said...

yeah. true . haha

Lupi said...

@cekadak

hahah tula, bagai menunggu buah yg tak gugur~

Lupi said...

@FH

heheh bguih la :P

CoCo Moo said...

Lek ar Lut..
Jodoh takkan ke mana punya..
Dok diam2 nanti datang la tu..

Pewpewpew~

cEro said...

aku tau perasaan ko..
serius, aku faham!

Lupi said...

@cEro

ko ni mmg memahami aku kan, hahah

Halia Kentang @ Annpaan said...

setuju ngn pernyataan anda..
mkin lme becinta, mkin sakit..
huhuhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails