Followers

Nov 10, 2010

Semua Perempuan Memang Camni?


Ok, bukan semua aku tau, tapi kalo nak tulis "Kebanyakan Perempuan Memang Camni?" tak dramatik pulak kan? Zzz

Ni persoalannya; kenapa perempuan suka cakap macam spender?


Google spender keluar gambar mamat ni.

Tapi korang tau kan ape aku maksudkan. Ekceli aku nak gunakan satu lagi perkataan tu tapi takot blog aku kene ban sebab racist.

Aku tak tau la kenapa fenomena ni berlaku tapi ianya berlaku dan buat aku rasa saket hati je. Tapi aku sabo je. Tambahan pula, aku rasa fenomena ni berlaku kepada aku je..emm aku pon rasa camtu.

Well at least most of the time.

Fenomenanye; harini cakap lain, esok lain yang dibuatnye. Harini cakap lain, esok terus lupa apa yang die cakap(janji) semalam tu. Harini cakap lain, hari tu jugak lain yang dibuatnye. Etc (tuka je variable time die kat ayat tu).

Sehingga ke harini, aku dah kene lebih dari 10 kali. So sesapa yang pernah cakap macam spender ngan aku, aku percaya kata-kata die 50% je. Walaupon chance die nak cakap macam spender lagi ialah 80%...30% tu sebab aku *** diorang. Hehk.

Aku tau, aku cam agak flirty, tapi suke hati aku lah aku bukan ada awek pon (T_T). At first aku layan baik-baik, jaga perasaan perempuan-perempuan di luar sana. Tak kesah la budak mana pon, kenal kat mana pon, facebook ke, real life ke. Tak kesah. Tapi sekali je die spenderdise kan aku, memang aku layan so-so je. Malas nak jaga perasaan. Mampus die la nak terasa ke ape. Aku punya saket hati die wat dono, hah turn aku pulak. Grrr.

Korang mesti nak tau contoh-contoh peristiwa spender kan? Tak nak? Takpe nak gitau gak.

  1. Aku buat temu janji ngan sorang minah ni. Pastu hari dan waktu yang ditunggu-tunggu pon tiba. Then, aku tanya la die jadi ke tak kan tapi minah tu cakap... "Eh I kat negeri lain la sekarang..sory lupee".. Masa tu aku da siap-siap dah.
  2. Minah tu buat temu janji ngan kawan aku. Pastu tetiba die msg aku cakap kat mana venue dan bila janji temu tu la. Aku dengan blur dan tak faham nyer reply je la "Ok" sebab malas nak tanya asal tetiba msg aku. Pastu, minah tu boleh marah aku kenapa tak bagitau kat kawan aku venue ngan time yang die msg sebelum ni... Apasal tak msg je kawan aku tu??? OMG.
  3. Masuk ni da dua orang berhutang ngan aku. Yang first aku ada maafkan sebab die da bayar ganti rugi. :D Ok camni, ada minah ni berhutang ngan aku..ok. No rush bile nak bayar balik kan. Takda la harini berhutang esok terus nak bayar. Aku tak sekejam tu. After a few days or a week, aku tanya la bila nak bayar balik kan. Die cakap la sekian-sekian. Tapi lepas sekian-sekian pon habuk pon tarak. Aku da la malas nak mintak banyak kali, takot minah tu annoyed pulak dengan aku(still jaga perasaan tu..zz) Tapi terpaksa la, hal duit. Kalo aku anak Perdana Menteri takpe la nak halalkan pon. Tapi yang first minah pijam tu aku dah halalkan sebenarnye, sebab lepas satu sem pon die tak bayar lagi.
  4. Aku nak ajak sorang minah ni keluar, lepak-lepak. Lama tak jumpa..lepas SPM berape kali je jumpa. Time tu aku balik weekend. Maksudnye aku kat rumah hari Jumaat, Sabtu, Ahad aku balik UTP semula. Aku ajak la die kuar hari Sabtu..tapi die cakap tak boleh, nak study. Ahad bole la katanye. Tapi hari Ahad aku balik UTP da..so aku beli la tiket paling lewat, malam la kirenye. Aku pon ajak la sekali lagi, pastu die cakap.. "Aku tak boleh la..aku da janji dengan kawan aku nak bla3...". Terpaksa la aku menyusahkan Habib untuk ambik aku kat KTM Batu Gajah..kalo tak masa tu aku tumpang Faris je shoot dari KL.
  5. Time tu aku kat UTP, ada sorang minah ni cakap nak jumpe aku. Minah tu kat Bangi. So aku balik la nak jumpe die. Sampai je, minah tu cakap die tak boleh nak kuar.........ZzZzZ

Cukup la contoh 5. Penat aku nak recall balik. Ape-ape pun..aku dah maafkan, tapi takkan lupakan. :)

So please la girls out there, dont be a spender. It hurts, me especially. I know that I am not important in your life but that it is not an excuse to play with my feelings. Haizzzzzz

10 comments:

princeduyong said...

malang betul ko lut...

Lupi said...

memang malang..

cEro said...

suka perkataan 'spenderdise'

pompuan jenis ni slalunya cakap hanya guna mulut, tp otak tak digest pon..
lek je, kita perlu tunjukkan bahawa lelaki juga gagah dan tidak spender!!
haha

Lupi said...

tu la pasal..ak cakap siap semat di hati, siap wat reminder kat fon, tp diorang?? haizzzzzzzzzzz

Anonymous said...

tu la pompuan zaman skang... suke kat lelaki hensem jek. xpun kat lelaki tua kerepot tapi harta bergunung-gunung.
chill lupee, main dota n pes ngn kawan2 lagi manfaat. priceless. xdak kuar sesen pun.. hoho

Lupi said...

ntah la, rasa jugak nak bersosial ngan aweks kan..hahah

Anonymous said...

ish ish ish....sedih gak aku bc nie...

walaupun aku pompuan, tapi x patut jgk la diorg buat mcm tu kat ko..

ko lak mmg baik ati gile, dh kene 2 3 kali pun ok lagi... bgs gile...

saba je la dowh....

Drpd: aku yg penah komen kat post "Kalau Dh Name Perempuan..."

Lupi said...

tu la, sedih kan..

tp bile ak buat prangai sket je trus merajuk lah ape lah.. :|

Anonymous said...

nk wat mcm mane... name pun pompuan, merajuk tu x tinggalnye...

ko nk buat perangai ape nie??? Ha....

Lupi said...

buat ape yg diorang buat kat aku la. zz

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails