Alkisah RM700..
Berdasarkan gambar ni, sapa yang salah? Haha.
Sedangku memandu kereta secara tenang, sambil mendengar 94.5 FM...kene langgor! Ceit!
Ok citenye cenggini. Aku otw pergi rumah Aqinara(Qiqi) nak amek barang sikit. Barang ape? Tettt. Aku lalu la jalan ni, yang seperti di atas. Nak ke rumah Qiqi kene uturn dari jalan tu, tapi dah takdir aku terlepas plak uturn tu. Aku terus je la kot-kot ada uturn lg. Sekali mmg ada(padahal dari jauh nampak da, xda kot-kot). Aku nak uturn la kat situ.
Tapi aku nampak sebuah kancil yang mengcurigakan. Taktau apasal tapi aku curiga kat kancil tu. Dota instinct kot. Aku pon slowkan lah kete..tiba-tiba minah tu uturn! Ambik side baik punya! Macam saje nak gesek ngan keta aku. Kuangjaq betol. Aku pon;
"Alamak masalah lagi, nasib baek die yang langgar. Haiz"
Inilah hasil geselan tersebut.
Ada dua orang minah keluar dari kancil yang langgar tu. Ceit! Budak yang bawak patot la. Sorang lagi kakak die. Belajar keta la tu. Muka budak tu dah cuak da. Tapi aku gentleman. Kalo perempuan aku tak marah. Aku siap senyum lagi.
Dah setel apa suma aku blah, takda la setel betol-betol setel. Tapi apa yang bole disetel la. Hahah. Aku pon drive gi rumah Qiqi dengan kereta yang barai.
Mekanik pelik dua orang buat keje.
Kenapa pelik? Sebab tengah buat keje tetibe mencarut fak! fak! -.-" susah sangat ke? Adoi la. Buat kerje so-so je. mcb.
Lepas tuka bumper aku antar ketuk. Pastu kol esan suh pikap sebab Jumaat baru siap. Total semua sekali RM700. Nampak sebarang tapi RM700.
3 hari aku takda kereta. Susah nak ajak orag keluar. Shit! Dah la aku sorang kat rumah ni. Betol la menyusahkan. 3 hari aku habes camtu sebab nak setel keta ni.
Patot ke aku caj dua minah tu lebih a?
ps: alkisah..maka tersebutlah kisah..sang kancil datang beramai-ramai mengadap yang maha mulia sultan firaunnnn~ (Petikan cite P.Ramlee)
8 comments:
sama style la kena langgar. I pun macam tu jugak. pergi straight and ada orang langgar bila nak U turn. Kancil pulak tu.
Memang jodoh kan? :D
hahah weird la, diorang taktau tu jalan kite ke? zzz
yeap jodoh..jom kawen! :P
ingatkan minah yg langgar tu yg byr reepair. huihui
aku repair dulu, pasni claim..
for sure ko ade no kontek minah tu..
amacam?? hot tak?? hahahaah
ksian....
@cEro
adek die boleh tahan la..tp kakak die. emm emm emm x1000
@suhaila
ko cakap kesian smbil tongkat dagu cam lam gambar tu ke? hahah
Post a Comment