Followers

Jan 6, 2013

Ranting pokok

Haila tgh idea banyak tak bukak pulak blogger. Time idea kosong ni la bukak pastu taktau nak tulis ape. Hasilnye entri bertajuk ranting pokok.

Im just gonna write whatever that comes to my mind.

First of all happy belated new year. Tahun ni takda azam sangat sebab tau dah azam lepas-lepas pon tak buat lagi. Dah lupe pon ape azam tahun lepas. Zzz.

Aku macam biasa lah, sejak beberapa tahun ni tak lari dari perasaan emo(si). Kalau happy pon sekejap je. Emo betol ni. Kalah band emo.

Haritu, jumpa 'kawan' lama..hahaha. Happy la jugak. 10 tahun tak jumpe. Muke die sikit tak berubah. Senyuman die..same je. Ceria macam dulu je. Biasalah, kalau pompuan memang aku tanya dulu soalan protokol; dah ada pakwe ke belum. Die cakap dah ada..tak terkejut la kan.

Lama jugak lah lepak, borak-borak pasal masa sekolah rendah dulu. Nostalgia betol. 

Hmm cuti 4 bulan dah nak habes. Arini 7 Jan, 12 Jan da balik UTP. 5 hari saje lagi. Takde ape 5 hari tu pejam celik dah abes. Sedih jugak la, target cuti aku jauh dari mengena. Ada la kena sikit-sikit. Aku ingat cuti ni la nak enjoy tengok dunia habis-habisan. Sebab aku tahu nanti sibuk giler-gilerrrr. Intern lagi, pastu final year buat FYP lagi. Nokharom dah start rasa malas dah pon.

Alkesahnye cuti duk rumah je. Kawan pon takda kat sini. Nak nangis rasa. Umur 22 janggut pon lagi sikit nak lawan Ustaz Azhar..nak nangis aish buruk benorr. 

Dalam famili aku ada 5 org termasuk aku, tapi dengan 2 org aku tak kamcing. Memang tak kamcing langsung macam orang luar dah. Bukan aku taknak kamcing tapi ada sejarah-sejarah hitam yang tak dapat aku nak cerita kat sini. Sedih tahu. Taktau ape salah aku.

Dengan dua orang tu aku rasa cakap tak sampai satu muka surat, combined. Tah hape-hape la.

Nak mintak pelik-pelik kang cakap tak bersyukur pulak. Syukur ada keluarga..orang lain takda siapa-siapa lagi teruk. Tu je la motivasi aku nak hadapi dua orang tu. -.-

Tengok famili lain seronok je melancong sana-sini. Ada yang dah kawen, ada yang bertunang. Aku pon ape pon tak boleh duk ngadap PC je. Nasib lah ada Dota, bole gak hilang bosan. Tapi kalau dah Dota aje pon bosan jugak.

Orang kata kaya tak semestinya bahagia, tapi sekarang kaya pon tidak, bahagia pon tidak. Ceit. Lose-lose situation.

Tu baru part famili, lom part feeling-feeling meeling lagi..

Dah macam iklan racun serangga; langsung tak beri peluang! Hahaha kerai..

Aku stress jugak sekarang ni, takot suatu hari aku meletup..tersaketkan hati orang lain pulak. Adoi la. nak meletup pon fikir orang. Sebenarnya taknak tulis pon mende-mende gini kat blog. Tapi dah takda tempat nak mengadu, foreverarone (mentally). 

Ni kira pre-explosion..kaboom~

Kbai nak nangis.

ps: bile aku tulis baru perasan serius jugak masalah aku ni..


2 comments:

FarahSallehuden said...

Mcm bole agak je sape 2org tu. Lupi okay ?

Lupi said...

obviously not okay, huahuaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails