Followers

Jun 17, 2010

Kenangan Part 1

salam,

Moh nak cerita sikit zaman sekolah dulu. Tersengih-sengih aku teringat zaman dolu-dolu, zaman aku baru nak up la katakan. Aku start cerita dari tadika la, seronok sket.

Aku masuk tadika umur 5 tahun kot. Yang pasti bukan umur 6 tahun. Kawan tadika yang aku ingat hanya dua kot, Nazmi dan Ridzuan, merangkap jiran depan rumah. Nazmi ni gile nakal toksah cakap. Aku time kecik-kecik lagi dah reti rasa tension ngan perangai die. Hahas. Si Wan ni pulak pendek dan putih gile. Pipi die tembam. Hahaha.

Sekarang si Nazmi da maju dah. Hancus. Hahaha. Si Wan plak, mak aih. Dah tinggi, hensem (aku tak gay). Tercabar kejantanan aku. Tapi tu la sekarang kalau jumpe macam tak kenal je. Isk3.

Time tadika ada sekali pecah pintu. Semangat nak belaja la katakan. Huahua, padahal nak main menan. Standard sapa datang awal boleh main dulu sebelum kelas start. Aku ngan kawan aku bukan main mangat datang. Leh main lego. :D

Sekolah rendah aku ada tiga. Almaklumlah pindah randah. Sebab tu aku dah tak rapat ngan Nazmi dan Ridzuan. Punya lama terpisah. Dari darjah tiga sampai la form 5, sekarang pon belajar dekat UTP. Tah time mana aku nak jumpe diorang. Masa kecik bukan main lg kamcing. Balik sekolah terus projek. Projek ikot musim ar, ada musim buah getah, layang-layang, memancing, mandi sawah & etc.

Aku pindah bukan dekat, Sarawak nun! Punya la kejam kerajaan transfer ayah aku ke sana. Haihz. Mula-mula pindah Sibu. Memang horror. Seko haprak tak kenal. Da lah kecik lagi time tu. Darjah tiga. Mana reti sosial sangat. Satu je memori yang aku ingat kat sekolah Sibu tu. Hotdog gulung-gulung. Die cam roti yg ada sosej tengah-tengah tu tapi version fail sket. First time tengok. Gile jakun. Tiga bulan je kat Sibu.

Pastu pindah Kuching. Fuhh. Kat sini aku rasa ok sikit. Time darjah tiga, first time aku suke kat seseorang. Minah ni duduk depan aku je kalo tak silap. Comel. Sampai sekarang comel. Hahah. Masih lagi kontek die. Tapi nak masok line harapan la, die bukan jenis yang kapel-mapel ni. Die pindah time darjah bape ek tak engat.. gile sedih aku. Wuuu.

Darjah 5 kalau tak silap, aku suke kat lagi sorang awek ni. Awek ni bes, selalu kacau aku. Aku pon selalu kacau die. Ada sekali die peteh aku tengah jalan-jalan, jatuh, terkehel tangan. Mula-mula die gelak je. Siut. Hahah. Bile tengok aku kesakitan die da cuak. Hehee. Cikgu ada lam kelas kot masa tu. Cikgu kol mak aku. Aku dibenarkan balik..

Tapi si awek ni pon pindah jugak..Ahhhh. Terharu gile. Die ada tulis surat tuk kitorang(rakan-rakan sekelas), siap ada no telefon. 09. Kelantan! Aku ada cilok no tu senyap-senyap. Sebab surat tu cam tuk perempuans je kot. Kalo kantoi aku cilok no kompem kene gosip. Aku ada lagi no die. Try kol bape kali tapi beliau takda kat rumah. Sekolah asrama. Isk3.

Time darjah 6 adalah time sekolah rendah paling happening! Main main main main! Gile seronok tak ingat dunia. Ada kawan aku ni siap main cilok tuala wanita. Pastu aku kene berkas sekali! Hahaha epic-epic. Main kejar-kejar toksah cerite la. Lumrah. Pastu ada budak cina nama Tien. Kena buli kaw-kaw ngan member-member aku. Hahaha. Perangai pelik-pelik Tien tu.

UPSR menjelma. Tak study pon. Yelah budak-budak lagi kot. Tapi aku ada pergi tusyen sket. Hmm. Dapat la 4A 1B. English B. Standard2. Aku memang lemah English time tu.

To be continued..

4 comments:

Sky Before Pinky said...

thumb up..suke bce kisah school dulu2 nie..hehe.. bile nak sambg ag nie..hehe

meh le singgh blog saya http://arepizza220.blogspot.com

nani :) said...

wey aku mcm kenal je yg pindah kelantan tu? HAHA :D

LUT said...

@Sky Before Pinky

thnx sudi baca :P
nnti sambung dun wori, sabo2 hehe

LUT said...

@nani :)

shh diam2 je sudeh la, seganss :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails