Belanja Klik Sekali! Thank youu

Followers

Dec 24, 2010

Cerpen: "Maafkan Amin, mak.."


Selesai solat asar, Amin duduk di pinggir surau, sambil menongkat dagunye. Dunia rasa begitu sunyi sekali. Diperhatikan rakan-rakannye keluar dari surau menuju entah ke mana. Semua botak, termasuklah Amin sendiri.

"Ya Allah..ape aku dah buat ni.." keluh Amin sendirian.

"Macam mana la mak kat rumah sekarang ni, sihat ke tak, dah makan ke belum.." Amin bermonolog. Rindunya dan rasa bersalah terhadap ibunya membuak-buak. Tapi tiada apa mampu dilakukannya. Tanpa sedar matanya bergenang dengan air mata.


*-*-*-*-*-*


"Amin kamu disahkan mengidap HIV dan di tahap serius.." telinga Amin bagaikan tak mendengar kata-kata doktor itu. Tapi daripada gerak-geri mulut doktor itu, Amin tahu apa yang doktor itu ingin sampaikan.

Dunia yang sebelum ni dirasakan sunyi terus menjadi gelap gelita! Mata Amin mula bergenang. Pantas die menyeka menggunakan kolar bajunye.

"Sabarlah Amin..lepas ni ambil ubat ni dengan nurse kat luar. Lagi satu kamu kene jaga kebersihan, kamu sendiri maklumkan pengidap penyakit ni mudah dijangkiti penyakit..kamu jaga diri elok-elok. Yang paling penting Amin..kamu mungkin tak mempunyai masa yang lama, jadi pandai-pandailah.." Berat doktor berkata-kata tetapi sudah menjadi tanggungjawabnya.

"Terima kasih doktor..." jawab Amin lemah. Doktor hanya tersenyum tawar.


*-*-*-*-*-*

"Bodoh! Kenapa aku bodoh sangat?! Kenapa aku ambil najis berat tu!" Amin bercakap seorang diri. Diketuk kepalanya sendiri menggunakan tangan kanan.

"Kalau bukan pasal najis tu!.....astarghfirullah..ini tak lebih tak kurang salah aku sendiri.." Amin mula menyedari hakikat. Amin kembali tenang tetapi matanye masih tetap berair sejak dari bilik doktor itu lagi.

Amin mendongak, "Mungkin ini balasan Allah kerana ingkar arahan mak.."

Amin melangkah lemah menuju asramanya. Kepalanya hanya teringatkan ibunya. Malah, ibunya sendiri tidak mengetahui bahawa Amin sekarang di pusat serenti.


*-*-*-*-*-*

Sewaktu selepas SPM Amin mula terjebak dengan dadah. Dapat saja keputusan SPM, makin menjadi-jadi perangai Amin. Mula-mula atas dasar ingin mencuba, tetapi kelamaan Amin menjadi penagih tegar.

Amin seorang anak tunggal kepada ibu tunggal, lebih kepada ibu yang di'tunggal'kan. Ayahnya lama sudah menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Berapa kali juga hati ibu Amin remuk akibat perubahan sikap Amin. Namun, doa ibunya tak putus supaya kelak Amin berubah.


*-*-*-*-*-*

"Tuan tolong saya tuan..saya nak jumpa mak saya!" Amin merayu kepada warden asramnya.

"Tolong la tuan..masa saya dah tak lama..." Serius dan sayu suara Amin, sedikit sebanyak menyentuh hati wardennya itu.

"Hmm baiklah, Amin. Saya cuba sampaikan kepada pihak atasan."

"Terima kasih tuan!" Ucap Amin sambil memegang kaki warden, tatkala warden memegang bahu Amin menyuruhnya bangun.

Warden mengelengkan kepala sambil melihat Amin berlalu, "Amin...Amin.."


*-*-*-*-*-*


Setelah beberapa hari berlalu.

"Amin..kamu dibenarkan keluar.." tutur warden sambil tersenyum tawar. Spontan Amin memeluk wardennya itu. Belum pernah dibuat penghuni pusat serenti tu memeluk warden yang garang tu.

"Terima kasih tuan! Err maafkan saya.." sambil perlahan-lahan melepaskan wardennya. Wardennya hanya merengus dan menggeleng kepala.


*-*-*-*-*-*

"Assalamualaikummm,..makkk!" Amin menjerit dari luar rumah sambil menanggalkan selipar.

"Eh itu suara...Amin!" ibu Amin bermonolog. "Mak kat bilik ni Amin!"

Amin segera melangkah ke bilik ibunya. Nampak dari gaya, ibunya baru selesai solat Asar.

"Makk maafkan Amin makk! Amin janji tak buat lagi!" Amin mencium-cium kaki ibunya yang tengah bersimpuh atas tikar sejadah. Tindakan Amin sedikit mengejutkan, tetapi dia gembira. Malah, sangat gembira, doanya telah dimakbulkan Allah.

"Iye-iyee mak maafkan" kata ibunya sambil menggosok-gosok belakang Amin.

"Maafkan Amin makk..Amin sayang mak" Amin mula mengalirkan air mata, begitu juga ibunya. Amin meletakkan kepalanya atas riba ibunya itu.

"..Amin..tak dapat nak jaga mak..." tutur Amin semakin lemah. Ibunya sedikit hairan dengan tutur Amin itu tetapi tak diendahkan.

"Takpe, mak boleh jaga diri sendiri lagi." ibunya cuba memujuk.

"Maafkan Amin mak....." Amin bersuara rendah. Ibunya hanya tersenyum sambil mengusap kepala anaknya yang seorang itu.

Amin terlena atas pangkuan ibunya itu. Setelah lebih kurang 15 minit, "Amin..bangun nak, kaki mak dah kebas ni..Amin.." panggilan ibunya tak dijawab. "Amin..bangun.." Ibunya mengoyang tubuh Amin perlahan. Naluri ibunya mula rasa tidak sedap. "Amin.." perlahan ibunya meletakkan jari di hidung Amin, tidak bernafas!

"Amin! Bangun nak." ibunya menggoncang deras badan anaknya yang tidak lagi bernyawa itu. Air mata mula bercucuran keluar.

"Amin bangun...jangan tinggalkan mak..."


6 comments:

suhaila said...

thumbs up...cter best! =D

cEro said...

gua meleleh beb..
meleleh..

Admin said...

sue: haha time kaseh, ikhlas tak puji ni? :P

Admin said...

cEro: huhu lek2..

suhaila said...

mstila ikhlas beb :)

Admin said...

thnx beb >:D<

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails