Belanja Klik Sekali! Thank youu

Followers

Feb 7, 2011

Cerpen: Kerana Senyumanmu

Hari ini hari kelahiran Hazwani, kelas 5 Inovatif sepakat membuat satu parti untuk Wani. Wani ni boleh dikatakan penyeri kelas 5 Inovatif. Kalau takda Wani dalam kelas memang tak seronok lah.

Hari ini boleh dikatakan hari paling seronok buat Wani. Seluruh warga 5 Inovatif meraikan hari kelahiran Wani. Tampak Wani tidak lekang dengan senyuman dan ketawa.

Hakim dari jauh hanya memerhatikan Wani yang tengah bergembira bersama rakan-rakan yang lain. Hakim pon turut tersenyum melihat Wani begitu seronok sekali. Jarang dia boleh tengok Wani seceria macam tu.

Tiba-tiba kawan baik Wani, Sofea menegur Hakim.

"Kau tau kan sebenarnya Wani bukan betol-betol gembira?"

"Huh?"

Hakim berpaling ke arah Sofea, tidak lama kemudian ke arah Wani semula. Diperhatikan betul-betul wajah Wani. Ternyata senyuman itu ada sedikit kekurangan. Macam ada sesuatu yang menggangu fikiran Wani.

"Hmm.." Hakim hanya berdiam diri sambil terus memerhatikan Wani.

Kemudian Hakim melihat jambangan ros merah yang dia beli khas untuk Wani. Hakim bermonolog;

"Ini lah peluang terbaik aku untuk luahkan perasaan aku kat die!"


********************

Hakim meminta Sofea untuk memberitahu bahawa ada orang nak jumpa dengan dia di luar kelas. Hakim memerhatikan bunga sambil berfikir.. Hakim melakukan sedikit perubahan pada kad ucapan yang diselitkan pada jambangan bunga ros tersebut.

Wani keluar dari kelas menuju ke arah Hakim yang sudah sedia menunggu sambil menyorokkan bunga dibelakang.

"Ha Wani sebenarnya saya..."

"Hmm ada apa Hakim?" kata Wani sambil tersenyum. :)

"Em ni Khairi mintak saya tolong bagi ni kat awak." Hakim hulur jambangan ros.

"Wah bunga ros!" Wani tersenyum riang.

Wani membelek bunga ros dan membaca kad ucapan yang diselitkan.

"Daripada Khairi"

Hakim hanya memerhatikan.

Wani mula melangkah kembali ke dalam kelas.

Tetapi setelah beberapa langkah Wani berpaling semula ke arah Hakim.

"Hakim...!"

"Em?"

"Ini bukan tulisan Khairi.."

"Oh em aa...saya..."

"Hakim..terima kasih ye" Wani mengukir sebuah senyuman ikhlas.

"Err sama-sama.."

Hakim bermonolog.

"Adakah itu senyuman die sebetul-betulnye?....huhu melepas peluang aku"


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails