Belanja Klik Sekali! Thank youu

Followers

Feb 15, 2014

Nukilan Petang


Lama tidak ada posting baru kat sini bukan sebab tiada apa untuk ditulis, tetapi sebab aku sudah penat melakar elemen-elemen negatif dalam blog ini. Sekarang aku dah boleh buka buku baru. Dan aku akan berusaha kurangkan elemen yang boleh down kan aku dalam buku baru ni.

Life is short. Shorter than you realize. Sedar-sedar sudah final year. Tidak sampai setahun je lagi aku akan bersama-sama rakan di Universiti Teknologi PETRONAS. Masa berlalu begitu pantas membuatkan kita terlepas banyak perkara.

Lagi-lagi kalau ada sesuatu yang mengalih perhatian kita daripada perkara yang penting, yang mengembirakan. I was really distracted in the year 2012 and 2013 just because of one girl. Sudahnya, aku tak dapat menikmati sesuatu secara maksima. Akan pasti ada sel-sel otak yang berhubung lalu memaparkan imej, bunyi, dan lain-lain perkara yang mengalih perhatian. CGPA aku boleh kata agak terjejas. Ye lah kan, nak buat sesuatu pun tiada semangat. Ape lagi belajar. Dan pada masa itu aku boleh tahan agak kurang cerdik, tak mampu set kan kepentingan.

Long term target is much much more important than short term target. It is really important to forsee things that coming in your way in the future. I was pretty late to realising this. Maybe because of my timid family that come from kampung. Not that I blame them entirely but it sure does help if there is people who could give me a headstart or foresight of what I will be facing.

Kalau ikut keluarga besar aku, termasuklah saudara mara semua, aku seorang sahaje yang ambil jurusan professional di universiti yang boleh tahan power jugak. Setahu aku lah. Kalau bukan aku belajar di SMK Jalan Empat, tak mungkin rasanya aku dapat biasiswa Petronas ni. Mula-mula aku masuk sekolah tu masa Tingkatan Dua, aku dapat tempat terakhir dalam kelas. Malu beb time tu.

Apa yang aku cuba sampaikan di sini ialah, victory loves preparation~ Not until this year that I realize what is important and what is not. Lambat sangat dewasanya. Dulu mungkin ada perasaan yang bila kita ambil jurusan yang kita kurang minat kita akan jadi malas belajar. Silap besar aku cakap. Peluang tak banyak dan kita harus gunakan sebaiknya. Mula-mula mungkin tak minat tapi siapa tahu kan?

Kalau lah aku strive dari First Year, mungkin CGPA aku dah cantik sekarang dan berpeluang dapat First Class Degree. Tapi Final Year pon still malas. Lol.

Ok-lah, mohon undur diri. Salam.

1 comment:

FarahSallehuden said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails